Rasa Bersalah
dah lama rasanya aku x update blog ni kan. entah la malam ni aku tergerak lak nak update blog ni.
sebenarnya aku bukannya x nak update blog ni tapi, Cuma banyak sangat keje yang x selesai..
sebenarnya nak kate busy tu x la, ada masalah yg bermain di fikiran aku ni yang aku sendiri x leh nak selesaikan pada masa tu aku sendiri naik binggung dengan ape yang terjadi.. kenapa la pada masa tu tuhan menguji aku dengan pelbagai masalah.. eh terover la pulak, hehe. Aku ni bukan la orang yang suka bercerita sebenarnye,aku ni lebih berminat mendegar cerita dari orang yang punyai masalah.. hmm, jangan salah angap la, aku ni bukan la orang yang suka busybody, tapi sebenarnya aku suka degar masalah kawan-kawan aku mungkin aku boleh merengankan beban, kerana bak kate orang “ kalau ada masalah jangan la dipendam buruk akibatnya”. Sebenarnya banyak cara untuk kite hilangkan tekanan, contahnya bercerita masalah dengan orang yang rapat dengan kita, tapi cara aku lain sikit, aku lebih suka melihat benda-benda ciptaan tuhan, seperti tengok laut,tengok pokok-pokok, dll. Mungkin bagi aku dengan meliahat benda-benda itu aku mendapat ketenangan dan juga mendapat ilham macam mana hendak selesaikan masalah yang dihadapi.. panjang la pulak aku berceloteh ni cam pandai sangat je..
malam ni aku rasa mata aku ni macam liat je nak tido, jam menunjukan pukul 4:30 pagi. Aku pun x tahu kenapa malam ni aku rasa hati aku tak tenang macam ada sesuatu yang bermain di fikiran ku ini, aku rasa ini mesti ada kena mengena dengan kejadian tadi.. nak tahu ke?, ok la aku cerita serba sedikit kejadian yang baru berlaku malam tdi.
Sebenarnya benda ni berlaku dengan x disegajakan dan aku sangat rasa bersalah. Malam tadi aku baru je kenal sorang awek ni, awek ni dia study kat luar Negara. Pada permulaannya memamg ok, tapi sampai je kat perbualan seram… dia jadi lain, dia ada bagi tahu aku yang dia memang penakut, pada masa tu aku rasa ni peluang terbaik untuk aku takut-takut kan dia, x tahu lak aku yang dia ni penakut yang
Teramat,perbualan kitorang terus menjadi tegang, awek tu marah sangat kat aku,pada mula nya aku cuba juga memujuk tapi x Berjaya, akhirnya kesudahan perbualan kami sampai di situ saja dan aku x nak mengeruhkan lagi keadaan, aku menamatkan perbualan kami dalam keadan yang tidak berapa pasti adakah dia dah maafkan aku dan tidak marah lagi pada ku ini, dengan sedikit saja terlanjuran kata dari ku aku telah membuat awek tu marah yang teramat pada ku. Betulah kata orang tua-tua “ terlajak perahu boleh di undur terlajak kata buruk padahnya”. Aku berharap sangat kalau awek tu dapat membaca coretan ku ini, mungkit awek tu dapat memaafkan aku…
Sedar x sedar jam dah menunjukan dekat pukul 5 tapi mata ku ini memamg x terasa nak tido lagi. Entah la mungkin perasaan bersalah aku ni membuatkan aku tidak mengantuk agak nya. Tapi tangan ku ini dah macam x terdaya lagi untuk menaip.
ok la kawan-kawan selamat membaca ku ucapkan…